BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, February 16, 2010

Atashi no KurinKurin



- read the title -

apparently sekarang ini saya sudah gila babi. bukan gila babi seperti itu. gila babi seperti gila dengan babi lah. semenjak empatmenjak ini saya baru perasan bahawa babi ini sangat comel. ofcoz, orang yang mencintainya juga kachak. betul tidak? alah. saya tidak memerlukan pendapat kamu lah. tetapi mengapa manusia menganggap babi ini sejenis binatang yang amat jijik. jikalau saya sebut babi pun orang akan marah dan pandang semacam. mengapa? salahkah saya menyukai babi? bukankah setiap keputusan itu terpulang kepada orang yang membuat keputusan itu. hari itu saya ingin memperkenalkan babi saya yang bernama kurinkurin ini kepada kwan saya Hazuimu Ichigo (betulkah saya eja ini?) malah, dia mahu mambabap saya. apa? salahkah? Ichi memang begitu kot. tidak mengapa. asalkan kurinkurin tahu yang sayang saya kepadanya tidak berubah. saya terfikir untuk membuat blog untuk kurinkurin. tetapi saya tidak pasti dia akan melawat blog tersebut. oh ya. selain saya addicted to babi. saya juga gemar berbicara dengan menggunakan bahasa baku. kita sebagai rakyat malaysia harus menggunakan bahasa kita dengan sebaiknya. bukan mencipta bahasa baru di negara kita. ada beberapa perkataan baharu yang saya tahu ialah (saya baharu belajar bahasa malaysia dengan encik haslan) :

sangap = addicted to porn
sengal = bodoh bodoh gitu
coople = cool people. saya yang menciptanya sendirik. babap saya karang.

itu sahajalah yang saya tahu. yang selebihnya saya sudah lupa. iyalah. orang-orang yang sudah berumur ini memang cepat lupa. ajal pun semakin lama semakin dekat. benar tidak? jadi, sampai sini sahajalah oretan saya pada hari ini. seperti surat kiriman tidak rasmi pula. saya melawati blog saya ini kerana saya rindu kepadanya. apabila kurinkurin masuk ke hidup saya, blog saya ini seperti terpinggir pula. kasihan sama dia. dia juga ada perasaan. assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh~ (tidak jawab dosa)

0 comments: