BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, October 16, 2010

MALAY ESSAY USING GOOGLE TRANSLATE

Tulis karangan yang menarik berdasarkan permulaan cerita yang berikut.

Hatiku berdebar - debar. Tanganku terketar – ketar ketika menyerahkan surat itu kepada orang tersayang. Wajahnya tiba – tiba berubah dengan serta - merta. Aku semakin takut. Bila – bila masa sahaja dia akan mula mengatakan bahawa ini semua ini adalah salah satu permainan yang aku sering lakukan untuk mendapat perhatiannya. Tetapi malangnya buat pertama kali, aku serius dalam kata – kataku. Ibu tidak dapat menerima kenyataan ini. Semua ini bagaikan satu mimpi. Ibu jatuh melutut di lantai, sebelah tangannya memegang sisi meja di ruang tamu manakala sebelah lagi memegang keputusan ujian-ujian yang aku jalani pada petang tadi dan juga imbasan CAT(Computerized Axial Tomography) yang mengatakan bahawa aku menghidapi barah otak dan aku kini berada dalam tahap 2. Ibu tidak berkata apa-apa dan cuma bangun, terus menuju ke bilik. Aku dapat mendengar keisakkan tangis ibu sewaktu aku melewati biliknya menuju ke bilikku sendiri.

Tiba sahaja di dalam bilik, aku terus baring di atas katil dan merenung ke siling bilikku. Aku tidak begitu risau tentang kesihatanku sendiri. Sejak kawan baikku membunuh diri sebulan yang lalu kerana terlalu stres sering dipaksa untuk belajar dan menghadiri pelbagai kelas tambahan, aku semakin sunyi. Aku tidak mempunyai kawan yang ramai. Di sekolahku, setiap pelajar merupakan musuh sesama sendiri. Selama 2 tahun aku ke kelas bersendirian, akhirnya ada juga seorang murid yang rela untuk berkawan denganku tanpa menganggapku sebagai musuhnya sendiri tetapi akhirnya membunuh diri kerana stres. Aku terasa menyesal mempunyai kawan yang sebodoh itu untuk membunuh diri hanya kerana stres. Manusia sememangnya ego. Hanya memikirkan diri sendiri. Mereka tidak memikirkan tentang kehidupan kanak-kanak yang tidak bertuah yang tidak mempunyai wang yang cukup untuk membeli makanan untuk mereka hidup. Aku teringat kata – kata ustazah sekolah rendahku dahulu, “Jangan fikir tentang diri kita yang malang, tetapi fikir tentang orang – orang yang lebih malang daripada kita”. Betul kata ustazahku itu, tetapi mengapa kawanku yang dungu itu tidak berfikir seperti itu juga? Kurang didikan agama agaknya. Kasihan… Tentang keluargaku, aku merupakan anak tunggal yang dibesarkan oleh ibuku. Abah jarang pulang ke rumah kerana terlalu sibuk dengan urusan kerjanya. Tentangku pula, aku merupakan seorang yang sederhana, datang dari keluarga yang sederhana, mempunyai keputusan peperiksaan yang sederhana dan kehidupan harianku mungkin sama seperti rakan-rakan seperjuanganku yang lain. Tetapi nampaknya mulai hari ini, hidupku akan mula diwarnai dengan warna-warna yang baru sementara aku cuba untuk menjalani saat-saat terakhir hidupku dengan baik. Ceh, ayat itu aku petik dari salah satu drama. Agak selekeh apabila aku cuba meniru ayat tersebut.



Fikiran panjangku diganggu oleh lagu Campus Life ~ Umarete Kite Yokatta ~ (キャンパスライフ~生まれて来てよかった~) nyanyian kumpulan ºC-ute. Ahli - ahli kumpulan tersebut tidaklah terlalu comel untuk dilabel “cute”. mungkin syarikat hiburannya, Hello! Project tidak mempunyai nama lain selain nama itu dan mahu ahli-ahli kumpulan tersebut fikir diri mereka comel atau pun dalam bahasa pasar, “budget comel”. Lagunya amat menjengkelkan sehingga aku rasa seperti ingin menyembelih membunuh seekor cicak setiap kali suara - suara bernada tinggi itu berkumandang. Suara ahli - ahli kumpulan itu seakan - akan mereka tertelan satu tong gas helium semasa mereka sedang bernyanyi. Sesungguhnya, aku tidak tahu bagaimana dalam kebanyakan lagu pop Jepun dan Korea di dalam telefon bimbitku, aku telah memilih lagu tersebut sebagai nada dering mesejku sendiri. Sebelum aku sempat membuka mesej itu, sekali lagi lagu itu dimainkan, menandakan ada lagi satu mesej dihantar kepadaku. Tanpa berfikir panjang, aku menghempas telefon bimbitku ke dinding.
Setelah aku menyedari perbuatanku seketika tadi, aku menuju ke arah di mana aku melemparkan telefon tersebut. Aku mendesah lega apabila aku melihat telefon bimbitku tidak apa-apa. Oh Encik Asus p527, aku berbangga membeli telefon bimbit yang tabah seperti kamu! Tidak sia – sia aku membuang telefon Sony Ericson w910 di dalam tandas dengan sengaja pada bulan Jun lepas.

Tiba – tiba aku berasa letih setelah berlari – lari anak sejauh 10 kaki tidak lama yang lalu. Aku mengambil keputusan untuk duduk bersila di atas lantai yang keras dan juga sejuk itu sambil membaca mesej yang membuat aku melempar ‘sahabat baik’ aku tadi. Mesej itu dari +60173792064 yang aku tidak kenal dan tidak mahu kenal langsung. Mesejnya ialah : “17/10/10@03:03AM, +60177887611 was topped up with RM10. Ref No:1141827230”. Apabila aku melihat perkataan “topped up” dan “RM10”, sepantas kilat aku memeriksa baki kreditku. “Baki: 0.44, Tarikh Luput: 07.01.2014, SMS Bonus: 0”. Cis, aku tertipu. Aku berjanji kepada diriku bahawa aku akan kenakan manusia yang menghantar mesej itu kepadaku tadi suatu hari nanti. Dengan perasaan hampa, aku membuka mesej yang kedua. Mesej itu dari “Encik Mangga a.k.a Abang Daniel Adam : Esok tak perlu ke sekolah. Jumpa di hospital petang tadi pada pukul 10 pagi. Kita buat imbasan otak sekali lagi. Jika nasib menyebelahi kita, kita boleh buat pembedahan dan awak akan ada peluang untuk sembuh. Jangan putus asa!”. Aku melompat kegembiraan apabila tahu aku tidak perlu kesekolah esok tetapi aku hampir terlupa bahawa aku sedang menghidapi barah otak. Ah, biarlah. Tidak bermaksud jika kita mempunyai penyakit kita tidak boleh melompat seperti katak minta hujan. Bercakap tentang hujan, melalui tingkap bilikku, aku boleh melihat langit malam yang gelap tanpa sinaran bulan bintang dan tanah di halaman rumahku semakin basah dengan gerimis. Kegelapan malam itu membuatkan aku curiga tentang masa dan terus melihat jam di telefon bimbitku yang menyatakan ia sudah pukul 3.15 pagi. Wah, si Daniel itu cukup arif dalam memilih masa untuk menghantar mesej yang penting begitu. Daniel ialah sepupu aku dan dia juga merupakan doktor yang telah membuat pemeriksaan dan merupakan orang yang menghantar aku pulang ke rumah dan menyerahkan keputusan ujian – ujian CAT aku kepada ibu. Aku menetapkan jam loceng aku supaya aku tidak lambat ke hospital esok hari. Aku bangkit dari lantai, menuju ke katil dan menyeliputi badanku dengan selimut tebal bergambarkan bendera Englandku. Tanpa aku sedari, aku sudah terlelap.

Aku terbangun lebih awal daripada masa yang aku tetapkan pada jam loceng tetapi aku masih terbaring di bawah selimut menunggu deringan jam loceng itu memecahkan kesunyian pagi ini. Tidak lama selepas itu, jam locengku berbunyi. Aku turun dari katil untuk ke bilik mandi dan bersiap ke hospital seperti yang dijanjikan oleh aku dan Daniel malam tadi. Aku ke dapur untuk mencari sesuatu yang mengenyangkan tetapi sesuatu di meja makan membuatkan aku terhenti. Aku berjalan ke meja makan dan nampak sarapan berserta nota kecil di bawah cawanku. Ini tulisan ibu. Ia menyatakan bahawa ibu akan ke luar negeri selama beberapa minggu dan ibu telah ke sekolahku dan menyerahkan surat cuti dua bulan kepada guru kelasku. Aku melihat di belakang nota kecil itu dan nampak “Ibu minta maaf ibu tidak boleh bersama kamu ketika ini. Jaga diri. Jangan menyusahkan sepupu kamu.” Hmmm, jadi ibu dapat tahu aku mahu pergi menjalani imbasan sekali lagi, ya? Aku menghabiskan sarapan aku, memakai kasut, pastikan rumahku berkunci dan mula berjalan ke hospital. Tiba di hospital, aku ternampak sepupuku di pintu sambil melihat jam tangannya. Apabila aku tiba di sisinya, kami terus masuk ke bangunan hospital itu. Aku mengikut sepupuku dari belakangnya dan dia membawa aku ke pejabatnya dan aku boleh melihat keputusan imbasan CATku dari jauh. “Sila duduk,” katanya dan aku duduk di kerusi yang berdekatan dengan mejanya. Sepupuku mula menerangkan tentang tumorku “ini diambil semasa imbasan CAT kamu, tompok hitam di sini ialah tumor kamu. Kita beruntung sangat sebab ia cuma tumor yang besar dan bukan kecil tetapi berada di merata – rata otak kamu. Kalau boleh, kita tidak mahu kamu menjalani pembedahan kerana tumor kamu terletak di bahagian otak kamu yang sensitif. Kita boleh menjalani pembedahan dan saya boleh membuang tumor itu denga mudah tetapi malangnya ia kedalamannya luar dari jangkaan saya. Jika saya tersilap langkah, kesannya terhadap otak kamu amat besar. Ah lagi satu, barah awak dinamakan Medulloblastoma yang terletak di cerebellum jadi ia agak rumit.”

Aku cuma berdiam diri semasa sepupuku menerangkan lagi tentang tumor dan kesan – kesannya dalam kehidupan seharian dengan lebih terperinci. Aku ingin bersuara dan berkata ‘Aku tidak mahu sembuh’ tetapi aku tahu dia akan marah dan mula berleter jadi aku cuma senyap. “Kamu akan menjalani rawatan 5 kali seminggu termasuk juga hari – hari minggu dan kita akan teruskan rawatan ini kira – kira 5 ke 7 minggu. Tempoh rawatan akan dipanjangkan jika tumor kamu semakin serius. Setiap rawatan mengambil masa dalam 90 minit. Saya yakin 82% bahawa kamu ada peluang untuk hidup dengan normal selepas ini. Baiklah, hari ini kamu boleh mula menjalani rawatan kamu.” Aku telah bersiap – siap untuk rawatan pertama aku. Aku melangkah masuk bilik pemeriksaan dan seperti yang sepupuku kata sebelum ini, ia mengambil masa dalam 90 minit. Walaupun aku hanya terbaring semasa sepupuku bersama beberapa orang jururawat menjalani rawatan itu, aku amat letih. Apabila aku terjaga dari tidurku sewaktu rawatan itu, aku mendapati bahawa aku berada di dalam salah satu bilik di dalam hospital itu. Aku ternampak sehelai kertas kuning terlekat di cawan berdekatan denganku. Sepupuku memberitahu aku bahawa aku perlu pulang ke rumah dan kemaskan pakaian aku kerana supaya aku tidak perlu berulang – alik dari rumah ke hospital hari – hari untuk menjalani rawatan. Aku melihat sekelilingku dan ternampak pakaian ku berada di atas sofa di dalam bilik itu. Aku cuba untuk berdiri dan kepalaku seakan – akan berputar seketika. Aku menukar pakaianku dan menuju keluar hospital. Sebelum pulang ke rumah, aku terasa seperti ingin makan aiskrim. Aku berjalan ke mana – mana kedai yang menjual aiskrim dan membeli aiskrim berperisa coklat. Aiskrim tersebut habis dimakan oleh aku sebelum aku sampai di rumah. Ketika aku hendak melintas jalan yang memisahkan antara jalan menuju ke rumahku dan taman permainan tempat aku bermain sewaktu aku di sekolah rendah, aku ternampak 3 orang kanak – kanak sedang bermain bola di tengah – tengah jalan dari jauh. Aku tidak menghiraukan mereka tetapi aku masih tidak berganjak dari tempat aku berdiri. Aku berasa seakan sesuatu akan terjadi selepas ini.

Kemudian bola sepak kanak – kanak itu bergolek ke arahku. Aku baru sahaja hendak menyepak bola tersebut ke arah seorang budak perempuan yang sedang berlari untuk mengambil bola itu tetapi sesuatu menangkap perhatian aku. Aku ternampak sebuah lori yang laju menuju ke arah budak perempuan yang sedang berlari di tengah jalan itu. Kakiku kaku dan lidah ku terkelu. Aku ingin memberi amaran kepada budak tersebut namun tiada suara yang keluar. Aku memaksa kakiku unutk berlari ke arah budak tersebut dan aku menolaknya jauh dari jalan raya itu. Tanpa aku sedari, lori tersebut dalam 5 meter jauh dariku dan apa yang aku ingat hanyalah bunyik hon yang panjang sebagai tanda amaran. Aku tidak dapat merasa apa – apa dan selepas itu, aku tidak sedar. Aku seakan tidak percaya kini aku sudah mati. Punca kematianku adalah kehilangan darah dan barahku hanya membuat peluang aku untuk hidup tipis. Aku sudah mati dan aku masih tidak kisah. Ia seakan – akan aku tidak kehilangan apa – apa walaupun apa yang aku hilang sewaktu kemalangan itu ialah nyawa aku sendiri. Walaubagaimanapun, aku masih berbangga dengan diriku sendiri kerana dapat menyelamatkan nyawa orang lain. Aku berasa bahawa budak perempuan itu lebih layak untuk hidup dari aku sendiri. Jadi, aku tidak akan menyesal dengan diri aku sendiri.

0 comments: